Selalu kita akan risau apabila berat badan berlebihan kan?...Tahu kah anda mengenai masalah berat badan yang kurang? Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal (BMI < 18.5) sebenarnya akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti:
(1)-KEGUGURAN & MASALAH KEHAMILAN (bagi ibu hamil) : Kajian ke atas 603 wanita yang UNDERWEIGHT menunjukkan 72% berisiko mengalami keguguran janin semasa trimester pertama. Satu lagi kajian ke atas 943,000 wanita di Sweeden menunjukkan wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko alahan mengandung yang teruk semasa mengandung.
(2)- MASALAH KESUBURAN LELAKI : Penyelidik Denmark pula mendapati terdapat kaitan di antara berat badan lelaki dengan kualiti & kuantiti sperma. Jika berat badan kurang, kuantiti sperma adalah 33% lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal.
(3)- MASALAH PARU-PARU : Wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah paru-paru seperti PHEUMONIA, BRONCHITIS & ASTHMA apabila usia bertambah. Penyelidik juga mendapati, wanita yang underweight mempunyai kesukaran dengan hormon pertumbuhan yang dipanggil "growth-factor" Ia menyebabkan kesihatan tisu pada paru=paru sukar untuk dikekalkan.
(4)- KEMALANGAN : The American Journal of Public Health menunjukkan satu kajian oleh Wisconsin Medical Collage ke atas 22,000 orang, lelaki yang underweight mempunyai risiko tinggi untuk mati akibat kemalangan berbanding lelaki yang mempunyai berat badan yang noramal atau berlebihan.
(5)- TULANG RAPUH : Kajian menunjukkan lebih kurus seseorang wanita itu, lebih rendah kepadatan tulang mereka. Kajian ke atas 3,383 wanita underweight yang berusia menunjukkan, mereka lebih mudah mendapat keretakan tulang pingggul.
(6)- ARTHRITIS : Kajian The Mayo Clinic mendapati, orang yang kurus & underweight mempunyai kesukaran jika menghadapi arthritis. Apabila arthritis berlaku, keradangan berlebihan boleh berlaku 3 kali ganda lebih di seluruh badan.
(7)- PENYAKIT JANTUNG : Penyelidikan mengkaji genetik 75,000 orang yang mempunyai paras lemak yang tinggi di dalam darah. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik memberi amaran, "Lemak yang disimpan di dalam badan adalah lebih berbahaya darilemak yang tersimpan di bawah kulit".
(8)- DIABETES : Individu dengan gen kurus IRS1 juga adalah berisiko tinggi mendapat diabetes type 2 sebanyak 20% lebih tinggi.
(9)- KANSER PAYUDARA : The Karolinska di Stockholm, Sweden menjalankan kajian ke atas 6,000 wanita. Mereka mendapati wanita Sweden yang mempunyai berat badan yang lebih tinggi semasa muda mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser payudara ketika menopause. Walaubagaimanapun, berat berlebihan semasa berusia pula meningkatkan risiko kanser payudara hingga menyebabkan kematian.
(10)- TEKANAN : Kajian di Sweden mendapati lelaki kurus atay underweight adalah lebih mudah mengambil keputusan membunuh diri. Mereka yang underweight mempunyai 12% kurang risiko membunuh diri.
TIPS-TIPS Menambah Berat Badan dengan Cara yang Selamat & Sihat :-
(A)- Kenal Pasti Berat Badan Anda
Adalah penting untuk anda mengetahui di mana kedudukan berat badan anda. Secara umumnya Body Mass Index (BMI) digunakan untuk mengukur nisbah berat & ketinggian anda. Berikut adalah cara pengiraanya:-
BMI = Berat Badan (dalam unit kilogram)
Tinggi x Tinggi (dalam unit meter)
Hasil pengiraan akan menunjukkan angka yang oleh diterjemahkan seperti berikut:-
# Kurang drpd 18.5 : Under Weight
# 18.5 - 25.0 : Normal Weight
# 25.0 - 30.0 : Over Weight
# Lebih drpd 30.0 : Obesiti
Setelah mengetahui kedudukan berat, anda boleh menganggarkan berat ideal yang sepatutnya anda miliki.
Oleh itu, lebih mudah untuk meletakkan sasaran pertambahan berat yag diperlukan.
(B)- Tambah kalori dalam diet harian anda
Menambah berat badan tidak semestinya bermakna anda perlu menambah kuantiti makanan yang di makan. Yang lebih penting, anda mengambil makanan yang mempunyai kalori lebih tinggi untuk meningkatkan berat badan anda. Kira keperluan kalori semasa anda mengunakan kalkulator kalori seperti contoh di bawah:
- Jantina : Perempuan
- Tinggi : 170cm
- Berat : 45 kg
- Tahap keaktifan : Tidak Aktif
- BMI : 15.5
- Keperluan Kalori : 1720 kalori / hari
* 1lbs(pound) lemak badan = 0.45 kg lemak badan= 3500 kalori
Oleh itu, untuk menambah 1 lbs (0.45 kg) seminggu, anda mungkin perlu menambah 500 kalori sehari ( 500 kalori x 7 hari seminggu = 3500 kalori)
(C)- Pastikan nutrien seimbang dalam diet harian
Nutrien yang seimbang kandungan karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin & mineral adalah sangat penting ketika anda cuba menambah berat badan. Setiap nutrien ini mempunyai peranan masing-masing yang membantu mendapat berat badan ideal
1)- KARBOHIDRAT : Karbohidrat komplex seperti nasi, pasta & roti yang dimakan berfungsi membekalkan tenaga kepada badan kita. Karbohidrat akan ditukarkan kepada glukos dalam darah & ditukar lagi ke dalam bentuk glycogen untuk disimpan di dalam otot dan hati. Pengambilan karbohidat yang tinggi akan menyebabkan kandungan glycogen yang berlebihan. Glycogen berlebihan ini akan terkumpul & membentuk lemak, seterusnya membantu penambahan berat badan.
2)- PROTEIN : Pengambilan kalori yang mencukupi tidak membantu jika jisim tubuh tidak bertambah. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam diet adalah sangat penting semasa proses menaikkan berat badan. Ia membina otot dan membantu mendapatkan jisim tubuh yang sesuai. Makanan yang kaya dengan protein adalah seperti telur, kacang soya, daging & produk tenusu.
3)- LEMAK : Elakkan pengambilan lemak berlebihan terutama lemak trans yang boleh menyebabkan pertambahan berat yang tidak sihat. Ia boleh berkumpul pada bahagian tertentu tubuh seperti perut & akan menyebabkan buncit.
4)- SERAT : Pengambilan sayur & buahan yang kaya serat perlu bagi membekalkan nutrien yang mencukupi. Sebaliknya pilih sayur & buahan dari jenis berkanji & sejat seperti kentang, jagung, pisang, epal & sebagainya. Elakkan dari jenis berair seperti tembikai, oren, timun,kobis bunga & yang seumpamanya.
5)- SUPPLEMEN : Terdapat makanan tambahan yang boleh membantu menambah berat badan. Pengambilan Vitamin boleh membantu mengisi 'nutrien gap' yang tidak dapat dipenuhi dari diet harian. Pilih lah produk yang selamat, semulajadi & berkesan.
(D)- Elakkan makanan ringan yang tidak berkhasiat
Makanan ringan diproses kebanyakkanya tidak sihat & tidak selamat kerana mengandungi bahan tiruan & sintetik sebagai pewarna, perasa, penstabil & pengawet. Kandungan gula yang sangat tinggi & ketidakseimbangan nutrisi dalam makanan ringan boleh menyebabkan berat badan tidak normal.
(E)- Ambil kudapan yang sihat antara waktu makan
Bagi memastikan kalori mencukupi bagi proses menambah berat badan, ambil kudapan sihat seperti kekacang, buah-buahan kering & snek sihat lain sekurang-kurangnya 2 kali sehari di antara waktu makan.
(F)- Lakukan Senaman
Senaman bukan hanya diperlukan oleh mereka yang ingin membakar kalori bagi menurunkan berat badan. Ia juga diperlukan untuk membina otot bagi menambah berat badan. Penambahan otot akan menyebabkan selera bertambah secara sihat. Senaman ringkas seperti mengangjat berat, berjalan & berbasikal juga boleh membantu.
PRODUK SHAKLEE YANG DISYORKAN BAGI MENAMBAH BERAT BADAN
MEAL SHAKES SHAKLEE : Serbuk protein dari susu lembu yang dilengkapi dengan multivitamin, mineral & serat. Protein membantu dalam pembinaan otot & sel baru yang sihat. Sesuai dijadikan hidangan snek yang selamat & sihat dengan rasa 'Fresh Vanilla' yang lazat. <for more click here>
VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE : Multivitamin dengan formula iron yang mengandungi 12 jenis vitamin & 9 mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan fungsi normal. Dapat membantu mengisi 'vitamin gap' yang mungkin ada.< click here for more>
B-COMPLEX : Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Vitamin B1 (thiamine) membantu menaikkan selera jika anda menghadapi masalah tersebut. Vitamin B2, B5 & B12 pula membantu metabolima makanan kepada tenaga yang baik & membantu dalam proses menambah berat.
<click here for more>
Berminat? Jom hubungi saya..Semestinya BEST PRICE untuk anda semua..
RAIHANNOR YUSRINA AZMI
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 949345)
012-6757701 (Call/SMS/Whatsapp)
FB :https://www.facebook.com/raihannoryusrinaazmishaklee
FanPage FB: https://www.facebook.com/pages/Mummy-Azim-Adam-Empire/391783854288576
No comments:
Post a Comment