MERANCANG KEHAMILAN
Mungkin ramai yang masih menanti-nanti kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga, pengikat kasih antara anda & pasangan yang dikasihi. Tapi tahu tak, salah satu sebab yang menyebabkan rancangan hamil tidak berjaya atau tidak mengikut perancangan adalah disebabkan ramai wanita tidak memahami kitaran haid mereka, tidak tahu tanda-tanda sedang subur & tidak mengetahui waktu subur mereka. Ya, sememangnya rezeki untuk dikurniakan anak ini ditentukan oleh Allah swt. Walaubagaimanapun, dengan memahami kitaran haid & waktu subur ini, boleh membantu meningkatkan lagi peluang untuk mengandung, Insyaallah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk ikhtihar anda mendapatkan zuriat.
KITARAN HAID SECARA UMUM
Secara umum, wanita mula didatangi haid pertama ketika berumur sekitar 8 hingga 16 tahun. Haid ini akan didatangi setiap 21 hingga 35 hari (atau mungkin berbeza) di sepanjang hayat mereka sehingga tiba waktu putus haid yang dipanggil menopause. Kebanyakkan wanita putus haid di sekitar usia 45 hingga 55 tahun.
Panjang atau pendek kitaran haid ini berbeza di antara setiap individu. Ia dipengaruji oleh banyak faktor seperti paras hormon, keturunan, tahap kesihatan, umur & sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap kitaran haid wanita terdiri dari 3 peringkat utama iaitu :
1)- FASA HAID : Fasa dimana berlaku pendarahan haid selama 3 hingga 7 hari (secara purata). Secara normal, haid menunjukkan seseorang wanita yang subur itu tidak mengandung.
2)- FASA PRA OVULASI : Ketika ini hormon penggalak folikel bertambah di ovari (kilang telur). Folikel kemudian merembes estrogen yang akan menyebabkan lapisan dinding rahim yang baru ( endometrium) terbentuk. Telur di dalam ovari mulai matang. Lendiran pangkal rahim juga akan terbentuk menunjukkan permulaan waktu kesuburan.
3)- FASA OVULASI : Telur yang hampir matang akan mencetus pembebasan hormon peluteinan. Pada masa yang sama dinding folikel akan lemah emnyebabkan telur (ovum) dilepaskan dari ovari & memasuki tiub fallopio. Sekiranya terdapat sperma di dalam rahim ketika ini, pensenyawaan mungkin berlaku. Jika tidak berlaku pensenyawaan, telur akan terus terlerai sedikit demi sedikit.
4)- FASA PRA HAID : Folikel yang telah luput tadi akan membentuk pepejal (corpus luteum) yang akan merembeskan hormon progestron. Jika telur berjaya disenyawakan, ia akan bergerak ke rahim untuk penempelan. Progestron berperanan menyediakan rahim untuk proses kehamilan ini. Sebaliknya jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum akan mati & hormon progestron menurun. Sistem reproduksi wanita akan mula bersedia untuk kitaran haid seterusnya. Lapisan tisu rahim (endometrium) akan mula terlerai & pendarahan haid berlaku.
CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR
(1)- Pengiraan mengikut kitaran haid : sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap, secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Katakan kitaran haid anda adalah selama 30 hari, anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang, Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak 16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12). Pada tempoh ini saintis mempercayai bahawa anda berada dalam tempoh yang hampir dengan ovulasi (pembebasan telur dari kilangnya).
(2)- Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina : Cara ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Secara umumnya, cecair pangkal rahim yang dihasilkan di sepanjang kitaran haid adalah berubah-ubah dari segi kuantiti & teksturnya. Ketika menghampiri waktu subur, rembesan vargina akan bertukar dari warna krim kepada jernih seperti putih telur. Cairan ini boleh dijalurkan, basah & dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa. Rembesan mukus ini kan kembali kepada asal & mengering selepas ovulasi.
(3)- Pemantauan suhu badan : Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari & membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). Gunakan termometer khas untuk suhu badan nasal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Sekiranya anda mendapati suhu badan naik secara tiba-tiba sebanyak lebih kurang 10 darjah farenheit, kemungkinan besar anda baru sahaka melalui proses ovulasi.
(4)- Kedudukan pangkal rahim : Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vargina ketika mencangkung. Sebelum wakt subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering & padat (seperti menyentuh hidung) & laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur, pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) & lembap dengan laluan yang agak terbuka.
(5)- Pemeriksaan urin & darah : Kaedah paling mudah (tetapi tidak murah) untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunakan alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri dirumah. Sampel darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.
CARA MENINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Perkara asas yang perlu anda ketahui ialah, telur wanita (ovum) yang dilepaskan semasa ovulasi hanya hidup selama 12 hingga 24 jam sahaja. Sebaliknya benih lelaki (sperma) boleh hidup 6 hari didalam rahim wanita sekiranya keadaannya normal. Sebanyak kira-kira 100 juta sperma dilepaskan setiap kali ejakulasi berlaku tetapi dianggarkan hanya 200 darinya yang akan terus hidup hingga ke tiub fallopio wanita. Kekerapan berejakulasi pula akan menyebabkan bilangan sperma dalam setiap milimiter air mani berkurangan. Ini bermakna, kekerapan melakukan hubungan kelamin tidak menjamin peningkatan peluang untuk hamil. Tanpa mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kesuburan, berikut adalah beberapa cara meningkatkan peluang hamil selepas anda mengetahui waktu subur anda:
Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum wakru subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. Elakkan stress & tekanan didalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan & pemakanan serta amalan kerohanian yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil.
RAIHANNOR YUSRINA AZMI
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 949345)
012-6757701 (Call/ SMS/ Whatsapp)
FB: https://www.facebook.com/raihannoryusrinaazmishaklee
FanPage FB: https://www.facebook.com/pages/Mummy-Azim-Adam-Empire/391783854288576
No comments:
Post a Comment