Monday, 23 December 2013

KELETIHAN BERPANJANGAN : Sebab, Simptom & Tips Mengatasi

Bila bercakap tentang PENAT & LETIH, memang sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakkan orang. Tapi, jangan pandang mudah jika anda rasa penat  yang berpanjangan @ cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan, gaya permakanan, gaya hidup dan sebagainya.

7 SEBAB UTAMA LETIH & PENAT BERPANJANGAN

(1)- Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)
Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan & mental boleh terganggu & lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih & lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air & lihat kesannya.

(2)- Aktiviti Berlebihan
Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga & pergerakkan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental & fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan & bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot & badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

(3)-Ubat-Ubatan
Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih & mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi & ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain & darah tinggi.

(4)- Kurang Zat Besi
Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel & membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda rasa letih.

(5)- Tidur kurang berkualiti atau tidak lena
Bukan mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup & berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan.

(6)- Keadaan Kesihatan
Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan krang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati & banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

(7)- Stress
Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.

TANDA / SIMPTOM KELETIHAN
Kebanyakkan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simotom berikut:-
# Kurang bertenaga
# Rasa tidak selesa
# Rasa tidak sihat
# Rasa mengantuk
# Rasa kurang semangat atau motivasi
# Sukar beri tumpuan
# Sukar buat keputusan
# Sukar sempurnakan tugas harian
# Rasa tertekan

TIPS ATASI KELETIHAN

1)- Tidur Berkualiti : tetapkan rutin yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental & fizikal anda berehat setelah seharian bekerja.

2)- Makan & Minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang & sihat, jangan makan terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil suplemen untuk mengisi kekurangan nutrisi anda.

3)- Bersenam : Kajian meninjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menggurangkan faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan.

SUPLEMEN SHAKLEE YANG DAPAT MEMBANTU

Vita-Lea Iron Formula Shaklee : mengandungi 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee : Menyediakan tenaga berkekalan & membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga membantu mengurangkan stress.

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee :  mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan.

B-Complex Shaklee : mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.

OsteMatrik Shaklee : mengandungi magnesium, vitamin D & mineral zink, tembaga & manganesa untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot & saraf serta mendapat tidur lebih lena.

Cinch Energy Tea Mix : Alternatif kepada minuman teh & kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.

Berminat?Jom hubungi saya...

RAIHANNOR YUSRINA AZMI
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (Id 949345)
012-6757701 (Call/SMS/Whatsapp)
FB: https://www.facebook.com/raihannoryusrinaazmishaklee
FanPage FB: https://www.facebook.com/pages/Mummy-Azim-Adam-Empire/391783854288576

No comments:

Post a Comment