Friday, 20 December 2013

ESP Protein Shaklee melegakan Pedih Ulu Hati

Apakah yang dikatakan PEDIH ULU HATI?
Pedih Ulu Hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada & kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita hamil mengalami pedih ulu hati atau tanda & simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Apakah yang dikatakan ulu hati?
Penggunaan istilah tersebut sebenarnya tidak merujuk kepada masalah hati tetapi masalah berkaitan perut atau gastrik. Apabila ditanyakan di manakah bahagian yang sakit, kebanyakkan akan menunjukkan bahagian tengah, dibawah tulang dada..iaitu kedudukan di mana (secara anggaran) saluran esofagus bersambung dengan perut. Kedudukan tersebut juga terletaknya sebahagian daripada hati. Jadi istilah 'ulu hati' mungkin ada benarnya (merujuk kedudukan anatomi).

Penyebab Pedih Ulu Hati
Pedih Ulu Hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) & menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus & perut tidak tertutup dengan sempurna.

Pedih Ulu Hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelain air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).

Bagaimana mencegahnya?
# Makan dengan teratur dalam kuantiti yang betul (kuantiti sedikit tetapi kerap lebih baik).

# Pemilihan makanan yang betul - elakkan makanan pedas, terlalu berempah, peppermint, berminyak & sbgnya (elakkan jika bahan makanan tersebut menerukkan gejala)

# Elakkan minuman beralkohol & kafein (kopi)

# Elakkan makan & minum sekurang-kurannya 2 jam sebelum tidur (membolehkan perut dalam keadaan rehat semasa tidur & kurang risiko refluks)

# Pastikan mengambil sarapan pagi (perut telah menjadi kosong semasa tidur sepanjang malam)

# Hentikan tabiat merokok ( bahan kimia dalam rokok boleh meningkatkan risiko refluks)

# Tidur atau baring dengan kedudukan bahagian atas badan lebih baik daripada perut untuk mengurangkan risiko aliran balik asid ke esofagus (dgn cara meninggikan bahagian kepala katil)

# Elakkan terlalu banyak berbaring atau membongkok ke hadapan terutama siang hari.

# Bersenam untuk kawal berat badan & mengelakkan obesiti (kegemukkan terutama di bahagian perut akan memberikan tekanan kepada perut menyebabkan refluks boleh berlaku)

# Berjumpa doktor jika gejala yang dialami berpanjangan & ambil ubat seperti yang disarankan (gejala yang sama tidak semestinya merujuk kepada penyakit yang sama)

Pengambilan Protein Soya dapat melegakan masalah Pedih Ulu Hati. Soya yang dimaksudkan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee. Pengambilan protein membina otot & organ yang sihat. Ini menghadkan 'kemahuan' tubuh kita terhadap makan bergula & berkanji.





Berminat? Hubungi saya segera!!!

RAIHANNOR YUSRINA AZMI
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (Id Shaklee : 949345)
012-6757701 (Call/SMS/Whatsapp)
FB: https://www.facebook.com/raihannoryusrinaazmishaklee
FanPage FB : https://www.facebook.com/pages/Mummy-Azim-Adam-Empire/391783854288576

No comments:

Post a Comment