Tuesday, 3 September 2013

Penyakit Asma & Rawatannya : Kanank-Kanak & Dewasa


Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu. Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Ini dinamakan "wiz" yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami wiz, tetapi akan mengalami batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal.



Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih daripada seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang mengadu terdapatnya lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah alahan, walaupun tidak semua pesakit  mseseorang untuk mendapat serangan asma. Di kalangan pesakit asma dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus orang dewasa mengalami masalah alahan. Selain itu, pesakit asma yang mempunyai masalah alahan lebih mudah mengalami serangan asma apabila terdedah kepada bahan pencetus asma yang tidak mempunyai sifat alahan terhadap jangkitan virus.

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari. Segelintir pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

Keadaan sebegini menunjukkan bahawa asma merupakan sejenis penyakit yang tidak menentu dan ini secara tidak langsung menerangkan mengapa penyakit asma sukar difahami dan dikawal. Namun demikian, program pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dan yang terdapat dalam tapak web kesihatan dalam internet boleh membantu mendidik penghidap asma hidup secara aktif supaya dapat melakukan aktiviti harian sama ada di tempat kerja, sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja tanpa banyak gangguan.

Supplement yang sesuai bagi penghidap Asma:-
=============================

Orang Dewasa : ALFALFA COMPLEX
<click here for more>Alfalfa

Kanak-Kanak : MEAL SHAKE
<click here for more>Meal Shake



RAIHANNOR YUSRINA AZMI
ID SHAKLEE: 949345
012-6757701

No comments:

Post a Comment