KEPUTIHAN WANITA-
APAKAH PENYEBABNYA?
Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, 99.9
peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang
terdapat pada dubur dan juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh
sikap tidak perihatin atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit
mereka.
Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga
boleh membunuh bakteria semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada
jangkitan dari luar. Wanita hamil dan mengidap penyakit kencing manis mudah
dijangkiti kulat candida.
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak
semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa
bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk
melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini
akan menjadi kering dan rosak.
Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan
itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir
yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk
serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir
itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang
faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria.
Beberapa contoh penyebab
keputihan wanita yang tidak normal ialah:-
- Infeksi yang disebabkan oleh kulat. Keluar lendir berwarna putih ataupun kekuningan. Ia berlaku secara berterusan dan biasanya disertai dengan rasa gatal. Infeksi jenis ini kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
- Infeksi oleh kuman trichomonas. Keputihan wanita jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.
- Infeksi oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda bagi situasi ini ialah keluar cecair yang berwarna kelabu serta berbau.
- Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang ditunjukkan dengan keluarnya cairan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah.
- Kanser pangkal rahim. Tandanya ialah keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal, disertai bau busuk
Beberapa contoh penyebab keputihan
wanita yang lain:-
- Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.
- Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.
- Pemakanan juga merupakn faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.
- Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.
Terdapat benda asing seperti adanya benang, kain
ataupun benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
Shaklee
ada menawarkan set supplement untuk KEPUTIHAN WANITA:-
2)- GLA COMPLEX
<click here for more>GLA
RAIHANNOR YUSRINA AZMI
ID SHAKLEE: 949345
012-6757701
No comments:
Post a Comment