Adakah kita tergolong dalam kategori memerlukan supplement atau vitamin?
20 Sebab:-
- Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang
- Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tidak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakkan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang mengunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kuran efisien.
- Kopi, Teh Panas & Rempah, Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin & mineral menjadi kurang.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan pada hati & pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman & metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, Zink, Magnesium & juga kalsium.
- Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam sistem imun.
- Julap / Ubat Sembelit/ Ubat Kurus. Penggunaa julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilanagan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E & K . Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium & magnesium.
- Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E & K. Diet Vegitarian yang tidak mengambil daging & sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
- Makanan Terlebih Masak. Memasaak terlalu lama atau memanaskan semula daging & sayuran boleh memusnahkan Vitamin B,C & E.
- Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosessan makanan yang bertujuan meningkatkan jangjamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan @ hilang sama sekali.
- Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula & garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
- Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut & usus.
- Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thuamine, riboflavin & kalsium.
- Kehilangan Nutrein Tanaman, Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran & buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
- Kemalangan & Penyakit Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin & mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E & nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
- Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi & pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 & Vitamin C.
- Sindrom pra-haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra-haid boleh mendapat manafeet dengan pengambilan supplement Vitamin B6.
- Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi & biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
- Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu & juga bayi.
- Pil Perancang. ia boleh mengurangkan penyerapan asid folik & meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, Zink & juga riboflavin.
- Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin & mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
012-6757701 (Call/SMS/Whatsapp)
FB: https://www.facebook.com/raihannoryusrinaazmishaklee
FanPage FB : https://www.facebook.com/pages/Mummy-Azim-Adam-Empire/391783854288576
No comments:
Post a Comment